Halaman

Ingatlah!!


Bersihkanlah Dirimu Sebelum Kamu Dimandikan
Berwuduklah Kamu Sebelum Kamu Diwudukkan
Dan Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan

Tutuplah Auratmu Sebelum Auratmu Ditutupkan
Dengan Kain Kapan Yang Serba Putih
Pada Waktu Itu,
Tidak Guna Lagi Berserah
Walaupun Orang Yang Hadir Itu Merintih

Selepas Itu Kamu Akan Diletak Diatas Lantai
Lalu Dilaksanakanlah Solat Jenazah
Dengan 4 Kali Takbir Dan 1 Salam
Beserta Fatihah, Selawat Dan Doa
Sebagai Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi?
Apakah 4 Kali Takbir Itu Dapat Menebus
Segala Dosa-Dosa Meninggalkan Solat Sepanjang Hidup?
Apakah Solat Jenazah Yang Tanpa Rukuk Dan Sujud
Dapat Membayar Hutang Rukuk Dan Sujud Yang Telah Luput?
Sungguh Tertipulah Dirimu Jika Beranggapan Demikian

Jesteru Ku Menyeru Sekalian Muslimin Dan Muslimat
Usunglah Dirimu Ke Tikar Solat
Sebelum Kamu Diusung Ke Liang Lahad
Menjadi Makanan Cacing Dan Makanan Ulat
Bawalah Dirimu Ke Masjid
Sebelum Kamu Diiringi Ke Pusara

Tangisilah Dosa-Dosamu Di Dunia
Kerana Tangisan Tidak Berguna Di Alam Baqa?
Sucikanlah Dirimu Sebelum Kamu Disucikan
Sedarlah Kamu Sebelum Kamu Disedarkan
Dengan Panggilan Izrail Yang Menakutkan

Berimanlah Kamu Sebelum Kamu Ditalkinkan
Kerana Ia Berguna Untuk Yang Tinggal
Bukan yang Pergi
Beristigfarlah Kamu Sebelum Kamu Diistigfarkan
Namun Ketika Itu Istigfar Tidak Menyelamatkan

Ingatlah Dimana Sahaja Kamu Berada
Kamu Tetap Memijak Bumi Tuhan
Dan Dibumbungi Dengan Langit Tuhan
Serta Menikmati Rezeki Tuhan

Jesteru
Bila Dia Menyeru
Sambutlah Seruannya
Sebelum Ia Memanggilmu Untuk Kali Terakhirnya

Ingatlah
Kamu Dahulu Hanya Setitis Air Yang Tidak Beerti
Lalu Menjadi Segumpal Darah
Lalu Menjadi Seketul Daging
Lalu Daging Itu Membaluti Tulang
Lalu Jadilah Kamu Insan Yang Mempunyai Erti

Ingatlah Asal Usulmu Yang Tidak Bernilai Itu
Yang Kalau Jatuh Ke Tanah
Ayam Tak Patuk, Itik Tak Sudu

Tapi Allah Mengangkatmu Ke Satu Mercu
Yang Lebih Agung Daripada Malaikat
Lahirmu Bukan Untuk Dunia
Tapi Gunakanlah Ia Untuk Melayar Bahtera Akhirat

Sambutlah Seruan Hayyaalassolah
Dengan Penuh Rela dan Bersedia
Sambutlah Seruan Hayyaalalfalah
Jalan Kemenangan Akhirat Dan Dunia

Ingatlah
Yang Kekal Hanyalah Amal
Menjadi Bekal Sepanjang Perjalanan
Menjadi Teman Di Perjalanan
Guna Kembali Ke Pangkuan Tuhan

Pada Hari Itu,
Tidak Berguna Harta,
Tahkta Dan Putera,
Isteri, Kad Kredit Dan Kereta,
Kondominium, Saham Dan Niaga
KALAU DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

dipetik dari http://luqmannul.blogspot.com

Read more...

INGAT2 LAH MATI...


kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.
Hanya Allah jua yang maha mengetahui.
Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.


Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.


Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)
Read more...

UNTUK SMUA....


tanx bab sudi baca apa yang terkandong didalam blogger aku,
ok.ari nie aku nak share utk smua yang sudi baca apa yg terpendam didalam hati ini. semakin hari,perasaan aku mula tidak tentu arah,aku sendiri tidak mengetahui mengapa,kenapa dan kenapa.fikiranku asyik memikirkan yang aku pergi selepas ini.ntah mengapa fikiran ini asyik menganggu ku.aku asyik memikirkan tentang kesilapanku yang lampau.jika pun aku akan pergi selepas ini.aku menerimanya dengan redha.tetapi biarlah aku pergi dengan sempurna.atau mungkinkah ini mainan perasaan??.hanya ALLAH yang tahu.walaupun begitu.aku tidak akan lupa apa yang disuruhNYA,dan semakin hari aku semakin dapat meninggalkan apa laranganNYA.Alhamdulillah.aku sudah hampir dapat menjauhi smua yang dilarang..insyallah aku akan dapat tinggalkan apa yang dilarang.aku tidak tahu lagi,apa yang ingin aku kongsikan kepada smua,ingin ku berkongsi,tapi sukar utk ku luahkan,ntah kenapa.aku sendiri tidak tahu.apa yang sebenarnya ingin dicari ku.nampak macam sukar benda yang ingin dicariku itu,tetapi aku akan berusaha utk mencarinya.mungkin hati ini akan lebih tenang jika aku dapat mencarinya.apa pun,ingin ku nyatakan disini,kepada siapa yang mengenali diri ini.aku minta maaf kepada smua yang mengenali aku.lebih2 lagi kepada yang pernah aku sakiti,tersilap bahasa,aku mohon ampun kepada sekalian,maafkan aku kerana membuat kesilapan.maafkan aku.dan utk pengetahuan.dalam diri ini tidak pernah ada perasaan utk membalas dendam,langsung tidak pernah.kalau ada pun.itu cuma mainan kata2 ku.aku bukan jenis yang pedendam.sekali lagi ku memohon kemaafan kepada smua.ok lah.cukup lah sampai disini catatan ku hari ini..terima kasih kerana sudi membaca,sekiiann...
Read more...

KISAH HIDUP KU (DULU & SEKARANG)


berdiri atas nama kedewasaan..aku kian mengerti..hadir didunia tuhan..bukan sekadar melihat keindahan..namun mencari jln pulang..dgn keredhaan..demi selaut keinsafan..aku kian mengerti..indah kasihnya..entah knapa seketika..aku biarkan..ia sepi xterbelai..belajar dr kesilapan..aku jadi pengadil diri..terlalu byk ruangan hati..kosong x aku penuhi..dgn meletak namanya..aku sujud kembali..bermunajat dlm sepi..memohon keampunan & keberkatan..mengharap kehidupan yg bererti & hakiki..disyurganya Al-Firdausi..


Read more...

10 JUNE 2010


akhirnya berjaya jugak buat blog nie...
setelah sekian lama mencuba utk membuat blog..baru hari ini berjaya..
adoh2...

Read more...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails