Halaman

KENAPA YANG TAAT DIUJI,YANG DERHAKA DIBIARKAN?


AbuAqil A.K.A AbuSakeena


‘Aku tak solat, tak puasa, dedah aurat takde apa-apa pun’… Mungkin ada ungkapan seperti ini yang dilafazkan oleh seseorang yang mengabaikan perintah Allah malah sering melakukan dosa dan maksiat. Mereka berbangga dan berlagak sombong kerana tiada apa-apa keburukan yang menimpa mereka di dunia ini walaupun setiap masa mereka menderhakai Allah SWT.

Sementara hamba yang taat sering diuji dengan sakit, kemiskinan, kehilangan insan tersayang dan sebagainya. Tergambar di fikiran seolah-olah Tuhan tidak berlaku adil. Maha Suci Allah daripada Allah bersifat sedemikian. Sesungguhnya Allah itu maha Adil dan Saksama.


Jawapan kepada persoalan ini ialah hadis Nabi saw yang bermaksud :

“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba maka Allah akan menyegerakan hukuman baginya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan bagi hambaNya maka Allah akan menunda hukuman atas dosanya itu sampai pada hari kiamat nanti hukuman itu baru akan ditunaikan.” (al-Tirmizi, disahihkan al-Albani).

Jelas, inilah jawapannya. Hamba yang dikasihi oleh Allah sering ditimpa pelbagai kesulitan hidup. Dengan kesabaran dan keredaannya kepada ketentuan Allah menyebabkan mereka mendapat keampunan dan pahala dari Allah SWT.

Awas kepada mereka yang sering bermaksiat!. Walaupun di dunia ini anda senang, sihat, bahagia dan tidak dibalas oleh Allah walaupun anda menderhakaiNya, jangan ingat anda terlepas di akhirat. Setiap kesalahan dan dosa pasti akan dibalas dan Allah tidak pernah alpa terhadap kebaikan dan kejahatan hambaNya. Balasan pasti akan diterima. Firman Allah :
Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).

Rasulullah saw juga pernah berdoa agar dosa umatnya tidak dibalas dengan segera di dunia. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

‘ Semua dosa akan ditangguhkan balasannya hingga ke hari kiamat kecuali zalim, derhaka kepada ibubapa dan memutuskan silaturahim” (disahihkan oleh al-Albaniy)

Walaupun musibah dan kesusahan memberi kebaikan kepada kita namun kita tidak boleh berdoa kepada Allah agar dosa dan kesalahan kita disegerakan balasannya di dunia.

Diriwayatkan bahawa dahulu Rasulullah saw pernah mengunjungi seorang yang sakit di antara para sahabatnya dalam keadaan sangat lemah. Maka Nabi saw bertanya kepadanya, “Apakah engkau meminta atau berdoa sesuatu kepada Allah sebelum ini?”. Maka lelaki itu menjawab, “Ya, dahulu saya pernah berdoa; Ya Allah, hukuman yang akan Kamu berikan kepadaku di akhirat maka segerakanlah bagiku di dunia.” Maka Rasulullah saw pun bersabda :

, “Subhanallah! Kamu pasti tidak akan sanggup menanggungnya, tidakkah sebaiknya kamu berdoa;

اللهم رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jagalah kami dari neraka).”

Maka lelaki itu pun berdoa dengannya dan disembuhkan oleh Allah. (Imam Muslim).

Berdasarkan hadis ini kita tidak boleh berdoa agar balasan dosa kita disegerakan di dunia kerana pasti kita tidak mampu untuk memikulnya. Bertaubatlah terhadap dosa-dosa yang lampau dengan sebenar-benar taubat.

Kesimpulannya kita hendaklah bersabar sekiranya ditimpa pelbagai kesusahan kerana dosa-dosa akan diampunkan. Dosa yang dilakukan secara berterusan tanpa taubat tetapi tidak dibalas di dunia pasti akan menemui azab yang sengsara di akhirat nanti…na’uzubillah.

http://pbasmkps.blogspot.com

Read more...

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta


Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

“Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong si kit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, “rungut si ibu kepada anaknya.

“Abang tengok-tengoklah si kit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah…sekarang macam mana?” kata si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedi kit demi sedi kit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.

“Orang tua, macam tulah yang,” kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. “Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, “katanya. “Emak nak berapa?” soal anaknya. “Dalam 10 helai.” “Eh, nak buat apa banyak-banyak? ” soal si anak lagi. “Alaaah….nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama,” kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat “jangan layan!” Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

“Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan,” jawab si anak.

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,”Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedi kit aja. Sampai hati kau Man.”

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.

“Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!” katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.Si ibu terkejut, lantas berkata, “Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, “katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. “Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!”

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, “Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?

“Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n.”

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, “Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!”

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah “membunuh” si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tan pa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sa kit , namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan i bad ah-i bad ah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

“Mak aji…sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya,” kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sa kit terus-menerus. Penya kit nya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sa kit selama 10 tahun.

“TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA “AH”, DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL.”

[Surah al-Israa ' 7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

“SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA.”

http://berita-harian-online.com/anak-derhaka-kerana-isteri-tercinta

Read more...

Hukum Simpan Janggut


Soalan :

Apakah hukum menyimpan janggut dan mencukurnya? Jawapan :

Menyimpan janggut adalah sunat Rasulullah S.A.W dan mencukurnya pula adalah suatu yang menyalahi sunnahnya. Diriwayatkan daripada Saidatina Aishah Radiayallahu Anha katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"عشر من الفطرة صق الشارب وإعفاء اللحيـة والسواك واستنشاق المـــاء وقص الأظفار"

Maksudnya: 10 perkara dari sunnah perjalanan Nabi, mengandam misai, membiarkan janggut (yakni tidak bercukur atau mencabutnya), bersugi, memasukkan air ke dalam hidung (semasa mengambil air sembahyang),mengerat kuku…… (Diriwayatkan oleh Muslim)

Dan sabdanya lagi:
"خالفوا المشركين ووفروا اللحى واحفوا الشوارب"

Maksudnya: Hendaklah kamu menyalahi perlakuan orang-orang Musyrikin, dan biarkan janggut (yakni jangan mencukurnya atau mencabutnya) dan guntingkan misai (yakni sehingga bulu-bulunya tidak melampaui paras bibir). Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sehubungan dengan perkara di atas, para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum mencukur janggut: Ada diantara mereka yang berpendapat bahawa haram bagi lelaki mencukurnya kecuali dengan sebab keuzuran seperti untuk berubat. Dan ada pula yang berpendapat makruh bagi lelaki mencukurnya.

http://www.e-infad.my

Read more...

TEMPAT TINGGAL JIN & SYAITAN




Musuh utama manusia ialah syaitan syaitan sumpahnya dihadapan Allah untuk menyesatkan mereka semua dan bersama-samanya di neraka. Adakah anda mengetahui di manakah tempat tinggal musuh utama anda itu ? perbincangan kali ini akan menerangkan tempat-tempat kegemaran syaitan agar kita berhati-hati. Antara tempat-tempat kekusaan syaitan ialah :

1. Tempat buang air besar dan kecil

Dalam hadits Zaid bin Arqam r.a, dan selainnya yang diriwayatkan oleh Ahmad (4/373), Ibnu Majah (296), Ibnu Hibban ( 1406), Al Hakim (1/187) dan selainnya bahwa Rasulullah Saw, bersabda :

إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ ، فَإِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

” Sesungguhnya tempat-tempat buang hajat ini dihadiri (oleh syaitan ), maka jika salah seorang dari kamu hendak masuk kamar mandi (WC), ucapkanlah “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan.”


الْخُبُثِ adalah syaitan laki-laki dan الْخَبَائِثِ adalah syaitan perempuan. Demikian banyak orang yang terkena gangguan jin adalah di tempat-tempat buang hajat.

2. Lembah-lembah. Sesungguhnya jin dan syaitan ditemukan di lembah-lembah dan tidak ditemukan di pergunungan. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/33) :

“Lembah-lembah adalah tempatnya kaum jin syaitan sesungguhnya mereka lebih banyak ditemukan di lembah-lembah daripada di dataran tinggi.”

3. Tempat pembuangan sampah dan kotoran.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/41) : “(Para Syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti tansad, tempat sampah, kotoran serta perkuburan.”

4. Kandang unta.

Dalam hadits Abdullah bin Mughaffal r.a berkata, bersabda ..Rasulullah Saw:

صَلُّوا فِى مَرَابِضِ الْغَنَمِ وَلاَ تُصَلُّوا فِى أَعْطَانِ الإِبِلِ فَإِنَّهَا خُلِقَتْ مِنَ الشَّيَاطِينِ

” Solatlah kamu di kandang-kandang kambing dan janganlah kamu solat di kandang-kandang unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan.” (HR. Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya).

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya shalat di tempat peristirahatan unta. Yang benar bahwa penyebab (dilarangnya shalat) di kamar mandi, tempat peristirahatan unta dan yang semisalnya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.

5. Tanah Perkuburan.

Telah datang dari hadits Abu Said Al Khudri r.a bahwa Rasulullah Saw, bersabda:

الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلاَّ الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ

” Permukaan bumi itu semuanya masjid (harus dijadikan tempat untuk solat) kecuali tanah perkuburan dan kamar mandi.” (HR. Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251) serta yang lainnya).

6. Tempat yang ditinggalkan kosong.

Diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam “Al Adab Al Mufrad” (579) dari Tsauban r.a berkata : Rasulullah Saw, berkata kepadaku :

لا تسكن الكفور فإِن ساكن الكفوركساكن القبور

” Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di perkuburan.”

Hadits ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahwa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lewat di situ. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam “Majmu Fatawa” (19/40-41) ketika berbicara tentang jin : “Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemukan di tempat yang telah rosak dan kosong.”

7. Lautan

Dalam hadits Jabir r.a berkata : Bersabda Rasulullah Saw :

إن إبليس يضع عرشه على البحر ثم يبعث سراياه

” Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan dalam riwayat lain di atas air dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.(HR. Muslim: 2813).

Dan juga datang dari hadits Abu Musa radiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan yang lainnya dan hadits ini shahih. Sebagian ulama menyebutkan bahwa lautan yang dimaksud adalah samudera “Al Haadi” kerana di sanalah tempat berkumpulnya semua benua.

8. Di dalam lubang.

Telah datang hadits Ibnu Sarjis r.a dia berkata: bersabda Rasulullah Saw :

لايبلون أَحدكم في الجحر

” Janganlah salah seorang diantara kamu kencing di lubang…”

Mereka berkata kepada Qatadah: “Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?”, dia berkata : “Disebutkan bahwa itu adalah tempat tinggalnya jin”. Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An Nasaai (34), Al Hakim (1/186) dan Al Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahwa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a,. Lihat kitab “Jami’ At Tahshiil.”
Hadits ini disahihkan oleh Al Walid Al Allamah Al Wadi’i dalam “Ash Shahih Al Musnad Mimma Laisa fii Ash Shahihain” (579).

9. Tempat-tempat kesyirikan, bid’ah dan maksiat

Para syaitan ditemukan di setiap tempat yang di dalamnya manusia melakukan kesyirikan, bid’ah dan kemaksiatan. Tidaklah dilakukan kebid’ahan dan penyembahan kepada selain Allah SWT.

10.Rumah-rumah yang di dalamnya dilakukan kemaksiatan

Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wasalla, bersabda :

أن الملائكة لا تدخل بيتا فيه كلب ولا صورة

” Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” (HR. Al Bukhari: 3226 dan Muslim : 2106 dari hadits Abu Thalhah dan Aisyah Radhiyallahu ‘anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).

Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk adalah syaitan kerana malaikat adalah tentera-tentera Allah Subhaanahu wata’ala yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudaratan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan dzikir kepada Allah Subhaanhu wata’ala, ibadah, dan membaca Al Qur’an. Rasulullah Saw, bersabda :

لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

“Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai pekuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surat Al Baqarah.” (HR. Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).

11.Pasar-pasar

Telah datang dari Salman r.a, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (2451) dan selainnya berkata :

لا تكونن إن استطعت أول من يدخل السوق ولا آخر من يخرج منها فإنها معركة الشيطان وبها ينصب رايته

” Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya pasar kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan disanalah dipacak benderanya.”

Ucapan ini memiliki hukum marfu (disandarkan kepada Rasululla Saw, pen). Yang dimaksud dengan ا لمعر كة dalam kata ” معركة الشيطان ” adalah tempat peperangan para syaitan dan mereka menjadikan pasar sebagai tempat perang tersebut kerana dia mengalahkan mayoritas penghuninya disebabkan kerana mereka lalai dari dzikrullah dan gemar melakukan kemaksiatan.

Dan ucapannya ” وبها ينصب رايته ” (dan dengannya dipasang benderanya), merupakan isyarat ditemukannya para syaitan untuk mengadu domba sesama manusia.

Oleh kerana itu, pasar merupakan tempat yang dibenci oleh Alla Subhaanahu wata’ala. Rasulullah Saw bersabda:

أ حب البلا د إلى الله مساجدها وأبغض البلا د إلى الله أ سواقها

” Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.”

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (671) dan selainnya dari hadits Abu Hurairah r.a. Demikianlah para syaitan berkumpul di tempat-tempat yang di dalamnya gemar dilakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.

12.Jin dan para syaitan berkeliaran di jalan-jalan dan lorong-lorong. Dalam hadits Riwayat Bukhari (3303) dan Muslim (2012) dari Jabir r.a, bahwa Rasulullah Saw bersabda :

إذا كان جنح الليل فكفوا صبيانكم فإن للجن انتشارا وخطفة وأطفئوا المصابيح عند الرقاد فإن الفويسقة ربما اجترت الفتيلة فأحرقت أهل البيت

” Jika telah datang malam, maka cegahlah anak-anak kamu untuk keluar kerana sesungguhnya jin itu berkeliaran dan melakukan penculikan. Matikan lampu di saat tidur kerana sesungguhnya binatang jahat ( seperti tikus) itu kadang menarik sumbu lampu sehingga membakar penghuni rumah tersebut”.

http://www.salafybpp.com


Read more...

Adab bertandang jaga hak tetamu, tuan rumah


Oleh Mohd Shahrizal Nasir

Bertamu disyariat hanya tiga hari, dilayan ikut kemampuan agar terpelihara persaudaraan

ISLAM menitikberatkan hubungan sesama manusia. Justeru, Islam menggariskan adab dan etika bagi memuliakan tetamu. Sebenarnya, tetamu adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab terhadap tetamu selama berada di rumahnya. Menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya menjadikan Muslim memiliki iman sempurna. Lebih utama, apabila tetamu itu ialah saudara seagama tetapi itu tidak menafikan hak bukan beragama Islam untuk mendapat layanan terbaik daripada tuan rumah beragama Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Menghormati serta memuliakan tetamu juga sunnah nabi dan rasul yang diutuskan sebagai contoh ikutan terbaik. Nabi Ibrahim AS antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan hati terbuka serta melayani mereka dengan layanan yang baik. Allah merakamkan perihal Nabi Ibrahim menerusi firman-Nya bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu”, Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu (sambil berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silakanlah makan.” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27)

Begitu juga dengan Nabi Lut ketika didatangi tetamu yang sebenarnya malaikat untuk menguji kaumnya. Baginda sedaya upaya menjaga keselamatan tetamu itu daripada menjadi mangsa kezaliman kaumnya yang dilaknat Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: Wahai kaumku, di sini ada puteriku, mereka lebih suci bagi kamu (maka kahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu memberi malu kepadaku di depan tetamuku. Tidakkah ada antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Surah Hud, ayat 78)

Inilah antara contoh menggambarkan pentingnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Jika disoroti sejarah Rasulullah SAW, dapat dilihat golongan Ansar menunjukkan contoh yang baik dalam hal memuliakan tetamu. Mereka memberi layanan dan bantuan istimewa kepada golongan Muhajirin yang meninggalkan keluarga, harta benda serta kemuliaan di bumi Makkah semata-mata untuk berhijrah ke Madinah. Segala keperluan Muhajirin dipenuhi dengan sempurna oleh golongan Ansar.

Allah menjelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat.” (Surah al-Hasyr, ayat 9)

Amalan menghormati dan memuliakan tetamu bukan saja menunjukkan perilaku terpuji, malah ia berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara adab memuliakan tetamu yang dianjurkan Islam ialah menyambut kedatangan mereka dengan perasaan gembira serta wajah manis, bertanya khabar dan menyembunyikan masalah keluarga supaya tidak diketahui tetamu.

Selain itu, menyajikan hidangan makanan dan menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan diperlukan jika mereka bermalam di rumah juga sebahagian daripada adab memuliakan tetamu. Apa yang lebih penting, semua itu disediakan mengikut kemampuan tuan rumah, tidak terlalu berkira dan tidak berlebihan serta bukan untuk bermegah.

Firman Allah bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqaan, ayat 67)

Ulama menyatakan bertamu yang disyariatkan ialah tiga hari. Melayani tetamu pada tahap yang wajib secara terbaik mengikut kemampuan hanya untuk sehari semalam, sementara dua hari selebihnya, maka disyariatkan melayani tetamu dengan apa yang ada di rumah saja.

Sebenarnya, keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Amalan yang awalnya dianggap mulia, tetapi jika berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri menimbulkan suasana tidak elok, malah mungkin menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi pihak tetamu, mereka juga harus menjaga adab serta etika bertamu. Contohnya, memilih masa sesuai bagi tuan rumah sebelum bertandang.

Percakapan juga mesti sentiasa dijaga supaya tidak mengundang rasa kurang senang kepada tuan rumah serta tidak sesekali menyakiti hati mereka. Selain itu, mereka harus menjaga tingkah laku serta tidak mengganggu masa tuan rumah menyelesaikan tugasan lebih penting. Tetamu patut mengucapkan terima kasih atas layanan diberikan tuan rumah pada akhir kunjungan serta mendoakan kebaikan buat tuan rumah seisi keluarga. Di samping itu, tetamu wajib menjaga rahsia serta aib tuan rumah jika didapati berlaku sepanjang berada di rumah itu.

Penulis ialah Felo Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Darul Iman Malaysia

sumber~ http://www.bharian.com.my/



Read more...

Hukum Memakai Minyak Wangi beralkohol




Masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'.Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar.Bahasa arab dan bahasa Melayu.


Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni.Dan dahpun ada hukum pemakaiannya. dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih timbul.


Saya bawakan beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..


1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."


2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.


3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."


4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar
tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang
kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis


P/S : YANG HARAMNYA.BILA PEREMPUAN MEMAKAI WANGI WANGIAN UTK MENUNJUK2..(KALAU DEPAN SUAMI HARUM TAKPE..) =)

P/S :
Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis. Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu. Yang haram dan najis adalah arak.

Yang mudarat adalah arak. Yang memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram".

Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat dengannya tidak sah.
Tapi ingat! Jika ada minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis yang lain seperti bahan tertentu yang diambil dari binatang atau organ manusia maka minyak wangi itu adalah najis serta haram digunakan dan solat dengannya tidak sah.

Panduan umum tentang minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis seperti itu adalah harganya yang mahal... Biasanya minyak wangi yang murah tidak mengandungi bahan najis tersebut... Terkecuali dari panduan umum ini minyak wangi yang menggunakan bahan yang sukar diperoleh seperti kasturi, ambar, gaharu dll kerana kadang2 harganya juga mahal...


http://precoms.blogspot.com

Read more...

MAKSUD POKE DI FB




adakah anda seorang yang suka menekan 'POKE' dalam Facebook? mari kongsi maksud poke yang selalu ditekan oleh sesetengah orang, google la kalau perlu. mula-mula ini anggapan saya.

perkataan poke dalam dalam bahasa inggeris adalah menyapa dari belakang, tetapi dalam bahasa belah-belah afrika adalah bermain dari belakang.


poke - menusuk


jawapan wikipedia
a) poke - To prod or jab with a pointed object such as a finger or a stick.
- menyentuh atau meyapa menggunakan sesuatu yang runcing seperti jari atau ranting


b) poke gesture - Poking is an action of tapping and/or softly jabbing another person with the tip of one's finger or a sharp object. This is usually done to gain the other's attention. However, it is also commonly used as a form of teasing, joking around with, or irritating him or her; particularly when performed repeatedly.


-Menyodok adalah tindakan penyadapan dan / atau lembut menusuk orang lain dengan hujung jari seseorang atau benda tajam. Hal ini biasanya dilakukan untuk mendapatkan perhatian lain. Namun, juga sering digunakan sebagai bentuk menggoda, bercanda dengan,
atau mengganggu dia atau dia, khususnya ketika dilakukan berulang kali.

dan jawapan searching


a) As an action it means to push them with one finger, usually on the shoulder. As a phrase it means to pressure them into to doing something that they don't want to do it can slso mean something in a sexual manor, as to insert ones fingers into the vagina,


-Sebagai tindakan itu bererti untuk menggalakkan mereka dengan satu jari, biasanya di bahu. Sebagai ungkapan itu bererti untuk menekan mereka ke dalam untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu melakukan itu slso bisa bererti sesuatu dalam manor seksual, untuk memasukkan jari yang ke dalam faraj,

dalam facebook, jika seseorang yang mem'poke' anda, dan anda membalasnya, ini bermaksud mereka boleh melihat maklumat anda seperti kawan yang lain termasuk maklumat peribadi dan gambar selama tiga hari walaupun mereka belum menjadi kawan anda.

dalam erti kata lain, maklumat anda mudah tersebar jika anda suka-suka untuk membalas poke seseorang, mungkin ianya untuk menarik perhatian dan kita rasakan ada orang yang menegur anda.


dunia facebook telah dicipta oleh yahudi, dan mereka tidak mencipta facebook dengan sia-sia, sebagai contoh yang paling ketara adalah relationship status, seolah-olah membenarkan dunia kapel, yang dah kahwin lain la ceritanya. Banyak benda yang kita masih lagi tidak tahu tentangnya.terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.. sekian terima kasih.


p/s:tolong jangan poke saya, bila saya fikir balik seolah-olah korang mahu main blakang pula, nauzubillah.


p/s:facebook tetap sia-sia dan buang masa


p/s:jangan jadikan facebook seperti diari harian yang terbuka.
- yadelement

Read more...

CARA TIDUR RASULULLAH




CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam

Wallahualam..

http://isuhangat.blogspot.com

Read more...

Adab menguap dan bersin menurut Islam




Islam adalah agama yang sempurna, aman dan mudah. Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Adab menguap menurut Islam

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

Adab bersin menurut Islam

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”) Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)

“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya)

“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin)” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)

http://wanperlis.com/blog

Read more...

Empat Golongan Yang Dimurkai Allah.


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah”. Abu Hurairah bertanya : “Siapa mereka wahai Rasulullah?” Jawab Baginda : “Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis”. (At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki (pengkid), mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks (gay dan lesbian). Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.

Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.


Read more...

Hukum Makan Minum Sambil Berdiri



Hadits-Hadits yang melarang minum sambil berdiri

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan bahwa Nabi SAW melarang sambil minum berdiri. (HR. Muslim no. 2024, Ahmad no. 11775 dll)
Dari Abu Sa’id al-Khudriy, beliau mengatakan bahwa Nabi SAW melarang minum sambil berdiri. (HR. Muslim no. 2025, dll)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

hadits-hadits yang menunjukkan bolehnya minum sambil berdiri

Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah SAW. Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari no. 1637, dan Muslim no. 2027)

Dari An-Nazal, beliau menceritakan bahwa Ali radhiyallahu ‘anhu mendatangi pintu ar- Raghbah lalu minum sambil berdiri. Setelah itu beliau mengatakan, “Sesungguhnya banyak orang tidak suka minum sambil berdiri, padahal aku melihat Rasulullah SAW pernah melakukan sebagaimana yang baru saja aku lihat.” (HR. Bukhari no. 5615)
Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi SAW pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi SAW minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)

Dari Ibnu Umar beliau mengatakan, “Di masa Nabi SAW kami minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan.” (HR. Ahmad no 4587 dan Ibnu Majah no. 3301 serta dishahihkan oleh al-Albany)

Di samping itu Aisyah dan Said bin Abi Waqqash juga memperbolehkan minum sambil berdiri, diriwayatkan dari Ibnu Umar dan Ibnu Zubaer bahwa beliau berdua minum sambil berdiri. (lihat al-Muwatha, 1720 - 1722) Mengenai hadits-hadits di atas ada Ulama berkesimpulan bahwa minum sambil berdiri itu diperbolehkan meskipun yang lebih baik adalah minum sambil duduk.

Di antara mereka adalah Imam Nawawi, dalam Riyadhus Shalihin beliau mengatakan, “Bab penjelasan tentang bolehnya minum sambil berdiri dan penjelasan tentang yang lebih sempurna dan lebih utama adalah minum sambil duduk.”

Wallahu’alam.
http://ad-dai.blogspot.com/2010/02/hukum-makan-minum-sambil-berdiri.html

Read more...

Sedikit Renungan pada Hari Lahir Rasulullah S.A.W.



Umat Islam sedang bersedia menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. ke sekian kalinya. Dan di akhir zaman ini berbagai bentuk sambutan diadakan bagi meraikan Maulidur Rasul. Majlis yang biasa kita adakan iala seperti jamuan, tahlil, selawat, berzanji, majlis amal, perarakan dan sebagainya yang munasabah kita lakukan. Okeylah… semua majlis ini baik dan kita bersangka baik juga meminta petunjuk dari Allah agar segala apa yang kita kerjakan menjadi satu kebajikan belaka.


Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan dek kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar dan lebih berbentuk reality bukan sekadar majlis Maulidur Rasul bersifat pesta dan terpesong serta kosong. Bahkan ia mestilah selari dengan apa yang menjadi budaya dalam kehidupan seharian. Contohnya begini; saban hari umat kita tidak mengingati Nabi dalam kehidupannya. Solat tidak, puasa ponteng, hati dengki, tangan dan mulut melukakan orang, hati yang dengki, sombong, mengejar kemewahan secara negatif, pakaian yang tidak menepati ciri sebagai orang Islam dan sebagainya. Tiba-tiba muncul hari sambutan kelahiran Nabi diadakan perarakan dan majlis-majlis seolah-olah mengingati Nabi S.A.W. dan Ajarannya secara bermusim. Itupun Alhamdulillah kalau dibuat atau ambil bahagian. Lebih malang lagi kalau musim ini pun kita tidak mengingati Nabi S.A.W.


Tidak salah mengingati Nabi S.A.W. bahkan kita mendapat pahala kerana membuat peringatan tentang Nabi S.A.W. Namun sambutan dan pesta memperingati Rasul S.A.W. biarlah hanya suatu sampingan kepada ingatan kuat dan kecintaan sungguh kita padanya di seluruh musim, tidak kira apa musim pun. Musim bola ke, musim tengah orang duk sibuk puja artis ke, musim orang tengah gila memberontak ke, apa musim sekalipun kita tetap ingat dengan ingatan tulus ikhlas pada Nabi S.A.W. Yang ini baru boleh kita iktiraf sebagai sambutan yang bagus. Sambutan yang lahir dari hati dan perasaan yang mendalam dan bukan hanya sekadar kulit luar semata-mata.


Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, “tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri”. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan
dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. “sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah,” sabda Rasul S.A.W.

Maka, di mana kita sekarang, yang sedang dalam gelombang arus yang mencabar akidah dan pegangan… masih mampukah kita bergantungan dengan role model yang telah digarapkan? Atau telah hanyut ditelan badai berbisa arus kehambaran moral dan etika. Usah bicara tentang agama, cukup hanya moral dan etika yang kita ungkitkan. Di manakah moral dan etika orang kita? Adakah moral dan etika orang kita baik? Baik dalam maksud baik untuk semua-diri sendiri, masyarakat, agama, bangsa, Negara… atau moral kita sekarang sudah lari dari bentuk yang kita inginkan??? Sehingga timbul banyak masalah dan gejala seperti yang terangnya kini; bunuh, rompak, rogol, samun, zina, masalah sosial yang berbagai dan tidak kesudahan. Adakah semua ini relevan jika dikaitkan dengan pesta menyambut kelahiran Nabi S.A.W. yang kita cintai dan imani. Seolah-olah pesta dan majlis yang diadakan itu tidak mungkin dan tiada ruang lagi dalam hidup kita mengingkari syariatnya yang tegasnya menyatakan bahawa membunuh
itu haram, merompak itu haram, zina itu haram… sekali gus segera berbuat kebajikan dengan penuh ikhlas.

Apakah kita terlepas pandang akan punca segala itu? Atau kita hanya sekadar senyum si bisu. Tahu akan hakikat punca dan masalahnya namun bisu berbicara. Hanya sekadar senyum membantah atau membantah dalam senyum. Apa makna ini? Inilah hakikat sebuah kehidupan kita yang hidup segan nak ikut Nabi, mati tak mahu dalam kafir.

Secara specifiknya pula kita lihat ajaran Rasul S.A.W. tidak lagi seimbang. Contohnya dalam bab pakaian, orang perempuan kita sudah tidak kenal pada syariat Nabi S.A.W. yang menyuruh berpakaian menutup aurat. Semakin hari semakin singkat, bukan singkat umur dan rasa nak buat ibadat… tapi baju dan kain yang singkat sehingga nampak pusat yang tidak rela didedahkan begitu saja. Pusat pun sebenarnya tidak redha didedahkan. Akhirat kelak ia akan persoalkan kenapa ia didedahkan. Semakin hari juga semakin ketat… bukan ketat dengan jadual ceramah agama tapi ketat pakaian anak-anak muda kita yang boleh kita lihat di mana-mana jua. Maka kalau kita lihat pada masalah pakaian tiada lagi kita ikut Nabi S.A.W. sehingga masalah ini akan membawa kepada masalah lain yang lebih besar.

Walaupun wujud role model wanita muslimah yang bertudung litup seperti Wardina, Wahida, dan lain-lain, namun tidak mungkin manusia akan ubah secara total melainkan kita insafi dan mengkaji syariat yang dibawa Nabi S.A.W. Pernah juga suatu masa Negara digemparkan dengan cara pakaian Wardina dan Wahida. Kita lihat ramai wanita menggayakan dengan pakaian seperti mereka. Pada waktu itu, sejuk mata memandang anak-anak muda wanita kita berpakaian. Namun ikutan semata-mata dan bukan atas dasar mengikuti syariat maka tidak akan sampai ke mana melainkan pakaian tadi lusuh di ceruk rumah dan menjadi sapu kaki sehinggalah muncul hari raya dan keraian lainnya.

Begitu juga anak-anak muda belia kita, yang menjadi kebimbangan kita. Generasi yang bakal mewarnai kemasyarakatan dan budaya kita. Kita bimbang kerana kebanyakan anak-anak muda kita tidak lagi mengenal Rasul S.A.W. Kalau mereka tidak kenal maka bagaimana nak mencintai Rasul. Bila sudah tidak mengenali Rasul S.A.W. maka kedudukan syariat Nabi S.A.W. sudah tergugat. Perkara ini sangat bahaya. Bila ajaran Islam tidak lagi diamalkan maka tunggulah saat kehancuran. Dan kita lihat sekarang, kita sedang menuju ke arah kehancuran. Kehancuran moraliti dan imej sebagai umat yang mulia. Dan seterusnya dihancurkan oleh Allah sempena kedatangan kiamat.

Semenjak timbulnya isu keganasan yang dipelopori oleh orang Islam kononnya, timbul persoalan pada orang Barat apakah ajaran Islam itu menyuruh kea rah keganasan. Maka mereka mula mengkaji ajaran Islam. Sehingga terjemahan al-Quran habis dijual setelah beberapa kai diulang cetak. Setelah habis menganalisa isi kandungan al-Quran yang bercetak maka mereka akan pula beralih arah mencari contoh masyarakat Islam atau Negara Islam. Maka mereka akan melihat Negara kita. Pada waktu itu, apa yang dapat mereka nampak dari Negara kita? Kalau mereka pergi ke bandaraya Kuala Lumpur, apa yang boleh mereka perhatikan melainkan budaya yang semacam Negara mereka juga. terpinga-pingalah mereka dalam seribu persoalan.

Inilah kelemahan kita sebagai umat Muhammad di Akhir Zaman ini. Indah khabar dari rupa…

Renung-renunglah… semoga apa yang kita lakukan menjadi satu kebajikan. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya menbutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi.

Selamat menyambut kelahiran Nabi S.A.W.
Selawat dan salam ke atasnya.

Wan eSye
Read more...

VALENTINE


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67 Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya.

Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.


Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.


Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas.

Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam.

Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T..

Tambahan pula sambutan Hari
Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”


Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac.

Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa.

Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40


Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

http://mufakirin.forumotion.net/t1262-hukum-menyambut-hari-valentine


P/S : BUKAN SETAKAT PIHAK BERWAJIB.DIRI SENDIRI PANDAI MENILAI.INGAT.SETIAP PERBUATAN YANG KITA LAKUKAN AKAN DITANYA DIAKHIRAT KELAK.MUNGKIN HARI INI KITA MASIH HIDUP.ESOK LUSA?TAK SEMPAT BERTAUBAT?.
APA KITA NAK JAWAB DENGAN APA YANG TELAH KITA LAKUKAN??RENUNG2KAN...
Read more...

DIA JODOH KITA



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Madah Cinta “ Manusia merancang, Allah menentukan.”

“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran



Read more...

5 tanda gadis yang nyata masih perawan


Untuk melihat seorang gadis masih perawan atau tidak, anda tidak perlu melihatnya saat malam pertama. Ada beberapa ciri fizik pada tubuh wanita perawan atau tidak. Ingin tahu apa ciri-cirinya? Tak Nak?Sebenarnya nak kan??mahu tahu tapi malu-malu!!eceh ceh ceh..keh3..

1. Dahi
Bagi wanita yang masih prawan akan memiliki dahi yang halus dan licin. Dan jika tidak suci lagi maka akan muncul kedutan yang
tidak begitu terlihat dan samar-samar. Ciri ini tolong bezakan dengan kedutan kerana usia. Kedutan kerana sudah tidak perawan, terlihat samar-samar dan akan terlihat jelas saat tertawa atau berbicara.

2. Mata.
Ciri pertamaelalu kita lihat pada matanya. Jika wanita yang sudah tidak perawan bahagian bawah kelopak
mata terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (hitam) seperti memar. Atau ada tambahan garis keriput. Sedangkan jika masih suci maka matanya cerah berseri.

3. Hidung
Seoarang gadis yang masih suci dari jamahan lelaki hidung belang, memiliki ciri fisik pada hidungnya. Apa itu? yaitu pada ujung hidung terlihat ciri kemerah-merahan. Sedangkan untuk gadis yang sudah tidak perawan akan memiliki warna merah tapi lebih pucat.

4. Pipi
Jika gadis masih perawan maka pipinya akan menggairahkan dan merah segar. Kalau seorang wanita sering dicium efeknya adalah pipinya menjadi tidak merah lagi. Ciri lainnya bisa dilihat jika seorang pipi dari wanita tidak perawan terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas.

5. Telinga
Seorang wanita yang sama sekali belum tersentuh oleh Pria bisa juga dilihat cirinya pada telinga. Bagi wanita perawan maka telinganya akan akan nampak halus dan bersih. Sedangkan telinga pada wanita yang sudah tidak perawan akan menjadi sedikit leper. Karena waktu malam sering digigit .

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri perawan tapi karena melibatkan organ-organ sensitif lebih baik tidak saya nyatakan. Saya rasa ciri diatas sudah cukup untuk membedakan mana wanita yang masih perawan atau tidak.

P/S : korang buat2 la paham..yang mana ayat korang rasa tak paham tu.

Read more...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails