Halaman

Ucapan Laillahaillallah


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.

Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah
Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan
kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintahitu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah
burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini".

Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". eredarlah

malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka
Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.


Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan
hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat.

Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Read more...

SEMALU PUN TAHU MALU....


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu
berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon
semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah
sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan
yang kecil.

Read more...

BILA DIFIKIRKAN


Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill ataupun Pavilion.

Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Akedemi Fantasia"

Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung

Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

Lucu ya..
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan suratberantai melalui email,tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali.

RENUNGKANLAH.......

Read more...

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BARI DARI YANG..?


Suasana kantin yang hingar–bingar memang suatu yang lumrah apabila tibanya waktu rehat. Pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin dalam keadaan kelaparan. Masing-masing menjenguk dan memilih makanan yang ingin dijadikan santapan, mengalas perut.

Suara yang pelbagai saling bertingkah dan menyesakkan lagi ruang udara kantin yang sememangnya sesak. Kecil sahaja kantinnya. Bermacam makanan yang dijual namun mereka masih berebut untuk mendapatkan makanan yang diidamkan. Khuatir sungguh mereka makanan tersebut habis.


Namun dalam kesibukan, ada pelajar yang cuba mengambil kesempatan. Tangan panjang istilahnya, kata orang. Berlakulah percubaan untuk mencuri. Seorang pelajar India cuba mencuri sepinggan nasi lemak. Tapi, percubaan tersebut tak berjaya. Perbuatannya mendapat perhatian salah seorang pekerja kantin tersebut. Hal itu diadukan kepada seorang makcik yang merupakan pemilik tander.

Dengan amarah yang meluap-luap, makcik tersebut menghambur kata-kata kesat kepada pelajar berkenaan. Tangan pelajar itu disentap kasar dan diherat untuk dibawa berjumpa dengan guru penolong kanan I yang sedang selesa menikmati juadahnya (guru melayu). Makcik yang dalam keadaan yang amat marah, mengadu kepada guru tersebut. Terhambur lagi kata-kata yang kurang sopan dari mulutnya. Penuh amarah. Penuh penghinaan.
Apabila ditanya oleh penolong kanan, mengapa dia mencuri, jawab pelajar tersebut....

"Saya lapar, cikgu."

Sepotong ayat yang menyentap hati seorang ibu, ku kira. Makcik kantin masih mencebik muka sedang guru penolong kanan, memandang dengan muka simpati. Naluri keibuannya tersentuh. Lalu penolong kanan tersebut meletakkan tangannya di bahu ’pencuri’ itu.

"Tak apalah. Kali ni, saya belanja. Lain kali, jangan buat lagi," katanya.

Sebak lalu berjujuran air mata luruh di pipi pelajar tersebut. Makcik kantin yang terdengar bicara guru tersebut, terkesima. Ternganga mulutnya. Untung sempat ditutup sebelum lalat menyinggah. Berulangkali ucapan terima kasih diberikan oleh pelajar tersebut. Bersama air mata yang penuh keharuan, sebak yang berpanjangan.

Apa yang dapat disimpulkan, kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesilapan orang lain sehingga kita terlupa tentang kesilapan kita. Kuman diseberang jalan, kita nampak. Namun gajah didepan mata, tidak kita lihat. Makcik tersebut sekadar terlihat kesilapan pelajar yang mencuri namun dia lupa, kesilapannya. Dia tidak bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan.

Jika selama ini, dia mendapat untung yang banyak melalui wang pelajar, tidak ada salahnya jika dia bersedekah dalam kuantiti yang amat sedikit. Ingatlah. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Pahala sedekahlah yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.
Sekadar perkongsian ilmu untuk diri saya dan anda semua yang sedang mengejar redha-Nya.

Read more...

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA SEBELUM ANAK RASULULLAH S.A.W



Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

———————————————————————————

Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.

Ingin aku titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud:

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.


Read more...

UNTUK RENUNGAN


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."

Read more...

INGATKAN AKU



Tolong ingatkan aku

Andai aku terlupakan Tuhan

kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan

Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku

Supaya ingat pesanan guru

Bukan sekadar peringatan

Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku

Dengarlah dan bacalah al-quran

Tika radio penuh hiburan

Tika tv penuh Hindustan


Tolong ingatkan aku

Di mana Islamnya
zahirku
jika aurat didedahkan disingkat,
diketat dan dijarangkan (untuk muslimah jer)

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semua
Wahai tuhan ya Robbul alamin…..
ampuni dosaku insan yang kerdil ini…
Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu…. Muhamad S.A.W
Kerana aku insan biasa yang sering Lupa Pada mu…….

Read more...

“JIKA ISLAM ITU BENAR"



Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu danmereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.a279;Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Read more...

Tukang Kapak, Mungkar dan Nakir


Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang
dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi
separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua
adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.


Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah
kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata,
"Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah
aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah
seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada
harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana
mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan
pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau
masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti
apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya
diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke
rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di
dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah
mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah
dia perlu mengambil kesempatan ini untukmenjadi kaya.

Isterinya berkata, "Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut
selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau
dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut
untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun
mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak
tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka
datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang
hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di
fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke
arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta
wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur
tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau
tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya
sama untuk dijual?



Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan
muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi
bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat
seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri
ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur
tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan
mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah
setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta
aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi
sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

Read more...

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS




Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.

Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw.

Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.
Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras” Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan.

Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw.

Maka sembah Iblis(alaihi laknat),”Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”


Maka jawab Nabi dengah marah “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga.

Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.


Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri.

Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?”

Sembah Iblis,”Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.


Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan.”


Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata “Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu”


Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.


Soalan Nabi (1) – “Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?”

Jawab Iblis – “Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini” Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.

Sambung Iblis,”Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun
tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supayamenjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba”

Soalan Nabi ke 2 – “Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah”

Jawab Iblis – “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada
lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan.

Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.”


Soalan Nabi ke 3 – “Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?”


Jawab Iblis – “Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi.

Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.

Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh.

Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia.

Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.

Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan.”


Soalan Nabi ke 4 – “Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?”


Jawab Iblis – “Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba”


Soalan Nabi ke 5 – “Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?”


Jawab Iblis – “Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.

Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain.

Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman”


Soalan Nabi ke 6 – “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?”

Jawab Iblis – “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.”

Soalan Nabi ke 7 – “Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?”
Jawab Iblis – “Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”

Soalan Nabi ke 8 – “Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?”

Jawab Iblis – “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.

Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.
Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa.”

Soalan Nabi ke 9 – “Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?”

Jawab Iblis – “Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang

“Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.” Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam.

Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, “JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku” kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.

Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,

”Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala.

Digelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan tuan sendiri berkata “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.


Soalan Nabi ke 10 – “Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?”

Jawab Iblis – “Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur”


Soalan Nabi ke 11 – “Siapa yang serupa dengan engkau?”

Jawab Iblis – “Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam”


Soalan Nabi ke 12 – “ Siapa yang mencahayakan muka engkau?”

Jawab Iblis – “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji”


Soalan Nabi ke 13 – “Apakah rahsia engkau kepada umatku?”

Jawab Iblis – Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari”

Soalan Nabi ke 14 – “Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”

Jawab Iblis – “Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”


Soalan Nabi ke 15 – “Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?”

Jawab Iblis – “Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”


Soalan Nabi ke 16 – “Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?”

Jawab Iblis – “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”


Soalan Nabi ke 17 – “Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”

Jawab Iblis – “Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat”


Soalan Nabi ke 18 – “Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”

Jawab Iblis – “Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam”


Soalan Nabi ke 19 – “Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis – “Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”


Soalan Nabi ke 20 – “Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis -“Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,’Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’ “


P/S : ADAKAH KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DISUKAI IBLIS ??TEPUK DADA TANYA IMAN..MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH..

Read more...

UBAT PERCUMA KEPADA IBLIS


Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya.Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara
percuma kpd mereka yg dilaknat.

Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan.

Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bhw hannya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar . Oleh itu,berusahalah supaya kita tidak kencing berdiri…wallahualam..

Read more...

TIDUR DENGAN IBLIS


Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Iblis,siapakah orang yang paling baik sekali padamu?"

Berkata Iblis :"Ya Nabi Allah ,orang yang menjadi saudara maraku yang paling dekat denganku ialah orang-orang yangmeniarap ketika tidur(Iblis suka datang dari belakang serta bergayut di belakang manusia)dan orang-orang yang berat matanya hendak di buka ketika waktu subuh untuk mengerjakan sembahyang.Ketika itulah aku peluk dengan kasih sayang dan ku buaikan dia sehingga terbit matahari,demikian juga pada waktu sembahyang yang lain.Aku akan kacau hatinya supaya tidak mengerjakan sembahyang dengan pujuk rayuanku.

Rasulullah SAW memperingatkan kepada umat Islam supaya sewaktu hendak tidur hendaklah sekurang-kurangnya membaca Bismillah ,atau jika boleh hendaklah membaca Surah Al-Fatihah,Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas serta membaca Ayat Kursi,doa tidur dan lain-lain.Ini adalah supaya tidur itu tidak diganggu oleh syaitan dan iblis.Berpandukan hadis Rasulullah SAW:


"Jika engkau hendak ketempat tidur,hendaklah engkau berwuduk sepertimana wuduk untuk menunaikan sembahyang,kemudian baringlah kekanan dan bacalah:Ya Allah ya Tuhanku,aku serahkan diriku kepadamu dan aku hadapkan wajahku kepadamu,aku serahkan perkaraku kepadamu,lindungkan belakangku kepadamu kerana suka dan takutku kepadamu.Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadamu,aku percaya dengan kitabmu yang engkau turunkan kepada nabimu yang engkau utuskan,dan jadikanlah semua itu penghabisan apa yang engkau katakan."[HR Bukhari & Muslim]

Read more...

21 Nasihat Yang Baik


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.


KETIGA

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.


KEEMPAT

Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.


KELIMA

Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.


KEENAM

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah
senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..

semoga bermanfaat..

Read more...

Untungnya jadi Isteri...


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun


2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahalasyahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

7. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia akan terus masuk syurga!

Read more...

Kucing Boleh Bercakap Seperti Manusia




Read more...

“KERANA SATU KLIK"


Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. Mahfumnya:: Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadapHabil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.

Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya.

Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat.

Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu’alam
Sumber: tranungkite.net

Read more...

Jenis Zina


KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar.

Sebenarnya, dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang tindak- tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang disebut sebagai "budaya taqrabul-zina".


Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan" - (Sura al-Israk: 32).
Takrif "zina" itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan.

Rasulullah s.a.w memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:


•"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi",

•"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dikira perbuatan zina belaka.

Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan atau berhimpit-himpitan), terutama dalam keadaan aurat yang terdedah. Bila sudah berdua2an, yang pasti yang ketiga itu adalah syaitan.


Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu sudah dikira perbuatan zina atau sekurang-kurangnya termasuk dalam kegiatan "budaya taqrabul-zina" itu.

Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi itu dilarang keras. Kerana, segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu membuka peluang atau menimbulkan dorongan dan memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina dan seterusnya melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu.

Itulah sebabnya Mufti Perak “menfatwakan” Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada “budaya taqrabul-zina”.
Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit (bersyubahat).

Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampiri zina itu. Di kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja (sportinglah kononnya) memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah "teman lelaki" bagi perempuan atau "teman perempuan" bagi lelaki).


Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat (berdua-duaan, berbual-bual mesra) denganteman lelakinya. Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang hendak dilakukannya, lalu keluar rumah atau masuk ke biliknya sendiri.

Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya (tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tidak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu.

Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya itu.

Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya soial Barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.

Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang Barat (Keristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.

Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan: "Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan senjata dan kekerasan. Bedasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah sebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu".

Antara "langkah lain" itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai "budaya taqrabul-zina" itu.

Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan "umpan" atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai "budaya global". Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai "budaya global" itulah yang merupakan "budaya taqrabul-zina" itu.

Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-nya yang mafhumnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka" - (al-Baqarah: 120)

Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam.

Seorang orientalis pernah berkata, "Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam".

Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat zina yang amat terkutuk itu, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak Barat - musik, sukan dan sebagainya - itu adalah meliputi ciri-ciri "budaya taqrabul-zina". Di mana-mana sahaja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.

Read more...

Bukan Salah Lelaki



Akak tak tau sangat menaip komputer ni. Tapi boleh je lah buat hilang boring bila tak ada apa nak buat ni. Laki akak sekarang ni kat hospital, baru lepas buat operation batu karang. mungkin minggu depan keluar lah dia. Akak baru balik lawat dia dengan anak-anak tadi. anak-anak sekarang dah masuk tidor. Akak sekarang ni pakai komputer anak akak yang dah belajar di universiti.
Akak nak cerita pasal satu kejadian yang akak rahsiakan dari pengetahuan sesiapa. Cuma akak dan orang yang terlibat je yang tahu pasal kejadian ni.

Akak nak cerita sebab ada nilai positif yang semua perempuan patut ambil iktibar. Lagi pun kalian bukannya kenal akak.
Semuanya bermula ketika akak shopping di sebuah pasaraya bersama suami dan anak-anak. Ketika itu umur akak 40 tahun. Anak akak yang paling besar baru tingkatan 4 dan seorang lagi baru tingkatan 2. Masa tu akak belum ada anak kecil. Sepanjang masa akak keluar malam tu, akak sedar banyak mata yang perati akak. Akak jadi bangga sebab ramai lelaki yang tertarik dengan tubuh akak.

Malam tu akak cuma pakai baju t-shirt pink yang benar-benar fit dan singkat atas punggung. Maknanya punggung akak yang sendat dengan skirt bunga-bunga ni memang terpapar jelas. Skirt yang ketat yang akak pakai malam tu membuatkan bentuk punggung, peha dan perut serta tundun akak yang gebu ni jelas kelihatan. Walau pun punggung akak tak terlalu tonnggek, tetapi bentuknya yang bulat dan lebar memang benar-benar menarik perhatian lelaki. Kena pulak tu peha akak yang gebu ni. Tudung pulak macam biasa akak cuma lilitkan ke belakang. maknanya dada akak terserlah. Akak tahu saiznya tak berapa besar, tapi kalau dah sendat bajunya dah tentu menjadi perhatian.


Sedang akak shopping tu, suami akak layankan karenah anak-anak akak yang nak beli barang-barang alat tulis. Jadi akak sendirian memilih barang-barang dapur. Sedang akak leka memilih makanan dalam tin, akak ditegur oleh seorang lelaki. Akak toleh, muda lagi orangnya. Hensem. “Pilih nenas ye kak?” tegurnya sambil tersenyum. “Oh, ha’ah” akak membalas ringkas. Malu juga rasanya kena tegur dengan orang muda yang hensem macam dia tu. Akak tengok dia asyik berdiri sahaja di sebelah akak, seolah sedang memerhatikan akak yang tengah tertonggeng-tonggeng memilih makanan dalam tin di rak.

Bila akak toleh, dia cuma tersenyum.
“Err.. akak dah siap pilih ye, boleh saya pilih pulak?” katanya. “Oh nak pilih juga ye.. Ok lah..” kata akak yang tersipu-sipu malu. Ingatkan dia nak ambil kesempatan atau nak ngorat akak, rupa-rupanya dia tengah tunggu akak habis memilih barangan sebab dia juga nak pilih benda yang sama. Lepas tu akak pergi ke bahagian lain.

Tengah akak lalu di rak menjual serbuk kari dan perencah masakan, akak terpaksa melalui beberapa lelaki india atau mamak yang sedang berbual di situ dalam bahasa mereka. Akak cuba untuk lalu dan nampaknya mereka memberi laluan. Apabila akak cuba melepasi mereka, salah seorang dari mereka menghimpit akak dari belakang. Terasa bonjolan koneknya menekan lurah punggung akak. Akak menoleh dan dengan muka yang masam akak lihat siapa yang melakukannya. Tetapi pada saat itu juga seorang lagi meraba tundun akak hingga menjalar ke kemaluan akak. Akak tepis tangan lelaki india itu. Dan ketika itu juga akak rasakan punggung dan pinggul akak di ramas-ramas oleh beberapa tangan lagi.

Akak jadi fed-up. Akak terus menampar salah seorang dari mereka. Kemudian salah seorang dari mereka berkata.
“Ayyoo kakak. Kenapa tampar kawan saya itu macam. Apa salah dia?” kata lelaki india yang bertubuh gendut kepada akak. “Korang dah raba aku jangan buat tak tahu pula ye?” akak memarahi mereka. Ketika itu orang ramai sudah mula memerhatikan kami. Mata akak mencari-cari kelibat suami akak tapi nampaknya bayangnya pun tak nampak. Akak tahu, pasaraya ni besar, ruangan barangan sekolah dengan barangan dapur agak jauh juga, malah dipisahkan oleh puluhan atau ratusan rak-rak yang tinggi dan penuh itu. “Mana ada kami raba kakak. Kakak yang sendiri lalu tengah-tengah kami. Mungkin kami tersenggul ka, terlanggar ka. Jangan bikin malu la kakak.” kata seorang lagi pemuda india yang agak tinggi.

“Dahlah, malas aku nak layan korang ni. Gila.” kata akak
lalu terus pergi dari situ.
Tetapi rupa-rupanya salah seorang dari mereka mengambil kesempatan sekali lagi. Dia menampar punggung akak sekuat hati. Serta merta akak jadi marah sangat. Akak pun toleh untuk memarahi mereka, namun sebaik akak melihat ke belakang. Akak terdengar bunyi sesuatu.

“Bedebub. Ohhh”
Akak dapati, salah seorang lelaki india itu sudah terduduk di atas lantai dengan paket-paket kari dan rempah ratus bertabur atas lantai. Kedua-dua lelaki india yang sedang berdiri itu tercengang melihat rakan mereka terbaring kesakitan bersama tangannya menutup hidungnya. Akak lihat pemuda yang menegur akak tadi sedang berdiri merenung tajam ketiga-tiga india tersebut. Sebelah tangannya berurat mengepal penumbuk dan sebelah lagi membimbit bakul berisi sayur-sayuran dan makanan dalam tin.

“Aku nak tanya korang sikit. Pernah ke orang bangsa aku cuba cabul orang bangsa kau? Pernah ke orang bangsa aku rogol orang bangsa kau? Aku tak pernah dengarlah! Tapi kenapa dengan bangsa kau ni ha?!: bentak pemuda tadi kepada ketiga-tiga lelaki india itu.

Kemudian mereka mengangkat rakan mereka pergi bersama muka yang takl puas hati. Akak tengok lelaki tadi masih tercegat memerhatikan bangsat-bangsat tu pergi. Perlahan-lahan akak hampiri pemuda itu. Kemudian dia tersenyum memandang akak.

“Akak tak apa-apa?” tanya pemuda itu lembut.
“Akak ok, adik macam mana.” tanya akak pula.
“Saya ok je kak. Akak sorang je ke shopping?” tanya dia lagi.
“Tak, dengan suami dan anak-anak. Tapi mana ntah dia orang…” balas akak.
“Ooo.. ok tak apa lah.. akak teruskan la shopping ye..” katanya sambil nak terus berlalu pergi.

Secara spontan akak tarik tangannya. Akak pun tak tahu kenapa akak bertindak sebegitu. Pemuda itu terhenti langkahnya dan terus berpalimng memandang akak.
“Dik, siapa nama adik? Akak Hamidah. Panggil akak Idah je.” kataku sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman dengannya.

Dia tidak menyambut tanganku. Sebaliknya hanya tersenyum memandang akak.
“Akak boleh panggil saya Amir. Err.. ini kad saya” katanya sambil menghulurkan kad perniagaannya.

Akak capai kad nya dan akak lihat butir-butir di dalamnya. Kemudian Amir berkata.
“Kak Idah, saya minta maaf kalau apa yang saya cakapkan nanti menyinggung perasaan akak.” kata amir.

“Tak apa, apa dia” jawab akak.
“Kalau boleh, akak janganlah pakai pakaian macam ni lagi. Memang betul akak menutup aurat, tak mendedahkan kulit tubuh akak, tapi akak mendedahkan bentuk tubuh akak. Terus terang saya cakap kak, saya sendiri tak tahan tengok akak masa akak tengah pilih nanas dalam tin tadi. Tapi saya tahankan kak…” kata Amir membuatkan akak tersentak.

“Tadi tu baru sikit kak, baru kena raba je. Sebab dia orang tu tak tahan tengok akak tayang bodi macam ni. Macam mana kalau dia orang rogol akak. Memang mengarut kalau dia orang rogol kat sini, tapi sape tahu kat parking nanti ke, dia orang culik akak. Atau dia orang datang rumah akak semasa akak sendirian kat rumah. Macam mana?” hujahnya lagi..

“Kak Idah, setiap sesuatu yang Allah jadikan dan gariskan itu pasti ada sebabnya. Sama juga dengan aurat. Tak salah nak berfesyen tapi janganlah sampai menyeksa batin kaum lelaki yang memandang kak. Buruk akibatnya nanti. Minta maaf ye kak… “kata Amir sambil terus berlalu meninggalkan akak yang terdiam sambil memegang kadnya.

Akak kaku, tak dapat bersuara. Rasa macam nak menangis pun ada. Kemudian kelihatan suami dan anak-anak akak datang. Cepat-cepat akak simpan kad perniagaan Amir dalam handbag.
Sepanjang perjalanan balik, akak terdiam dalam Kembara yang suami akak pandu. Akak terfikir memang betul kata-kata Amir tadi. Mulia betul hati dia.

Sejak dari hari itu, sumpah akak tak pakai lagi seksi-seksi. Kalau baju kurung tu, longgar dan selesa sahaja, tak ketat. Sama juga dengan kebaya dan skirt-skirt akak. Mana yang dah ketat tu akak bgi anak akak pakai sebab tubuh dia belum bergetah macam akak. Hingga kini, akak masih mencari Amir, akak betul-betul berhutang akhlak dan budi dengannya. Akak cuba call nombor handphone yang tertera dalamkadnya tapi dah ditamatkan perkhidmatan, asyik voice mail je. Terima kasih amir. Memang bukan salah lelaki, salah wanita sendiri yang terlalu mendedah. Terima kasih Amir.

Read more...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails