Halaman

Hukum Simpan Janggut


Soalan :

Apakah hukum menyimpan janggut dan mencukurnya? Jawapan :

Menyimpan janggut adalah sunat Rasulullah S.A.W dan mencukurnya pula adalah suatu yang menyalahi sunnahnya. Diriwayatkan daripada Saidatina Aishah Radiayallahu Anha katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"عشر من الفطرة صق الشارب وإعفاء اللحيـة والسواك واستنشاق المـــاء وقص الأظفار"

Maksudnya: 10 perkara dari sunnah perjalanan Nabi, mengandam misai, membiarkan janggut (yakni tidak bercukur atau mencabutnya), bersugi, memasukkan air ke dalam hidung (semasa mengambil air sembahyang),mengerat kuku…… (Diriwayatkan oleh Muslim)

Dan sabdanya lagi:
"خالفوا المشركين ووفروا اللحى واحفوا الشوارب"

Maksudnya: Hendaklah kamu menyalahi perlakuan orang-orang Musyrikin, dan biarkan janggut (yakni jangan mencukurnya atau mencabutnya) dan guntingkan misai (yakni sehingga bulu-bulunya tidak melampaui paras bibir). Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sehubungan dengan perkara di atas, para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum mencukur janggut: Ada diantara mereka yang berpendapat bahawa haram bagi lelaki mencukurnya kecuali dengan sebab keuzuran seperti untuk berubat. Dan ada pula yang berpendapat makruh bagi lelaki mencukurnya.

http://www.e-infad.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails