Halaman

Tiada Toma'ninah Boleh Batalkan Solat




TIADA TOMA’NINAH BOLEH MEMBATALKAN SOLAT
Soalan: Saya ada dengar seorang ustaz memberi tazkirah berkaitan dengan toma’ninah dan mengatakan jika tiada toma’ninah di dalam solat boleh membatalkan solat. Bolehkah ustaz terangkan maksud toma’ninah dan tempat-tempat yang perlu toma’ninah?

Jawapan:

Toma’ninah merupakan salah satu daripada rukun dalam solat. Persoalan ini sangat penting kerana jika kita lihat orang yang solat di luar sana, ramai yang tidak mengambil berat tentang toma’ninah ini. Apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut adalah betul, jika tidak ada toma’ninah di dalam solat maka solat seseorang boleh BATAL. Toma’ninah ialah berhenti sekejap. Paling minima ialah dengan kadar satu tasbih. Rasulullah s.a.w. maksudnya: kemudian hendaklah kamu rukuk dan benhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta toma’ninah). (Riwayat al-Bukhari).

Terdapat 4 tempat di dalam solat yang perlu toma’ninah iaitu:

1- Rukuk.

2- I’tidal (bangun daripada rukuk)

3- Sujud

4- Duduk di antara dua sujud.

Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails