Halaman

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BARI DARI YANG..?


Suasana kantin yang hingar–bingar memang suatu yang lumrah apabila tibanya waktu rehat. Pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin dalam keadaan kelaparan. Masing-masing menjenguk dan memilih makanan yang ingin dijadikan santapan, mengalas perut.

Suara yang pelbagai saling bertingkah dan menyesakkan lagi ruang udara kantin yang sememangnya sesak. Kecil sahaja kantinnya. Bermacam makanan yang dijual namun mereka masih berebut untuk mendapatkan makanan yang diidamkan. Khuatir sungguh mereka makanan tersebut habis.


Namun dalam kesibukan, ada pelajar yang cuba mengambil kesempatan. Tangan panjang istilahnya, kata orang. Berlakulah percubaan untuk mencuri. Seorang pelajar India cuba mencuri sepinggan nasi lemak. Tapi, percubaan tersebut tak berjaya. Perbuatannya mendapat perhatian salah seorang pekerja kantin tersebut. Hal itu diadukan kepada seorang makcik yang merupakan pemilik tander.

Dengan amarah yang meluap-luap, makcik tersebut menghambur kata-kata kesat kepada pelajar berkenaan. Tangan pelajar itu disentap kasar dan diherat untuk dibawa berjumpa dengan guru penolong kanan I yang sedang selesa menikmati juadahnya (guru melayu). Makcik yang dalam keadaan yang amat marah, mengadu kepada guru tersebut. Terhambur lagi kata-kata yang kurang sopan dari mulutnya. Penuh amarah. Penuh penghinaan.
Apabila ditanya oleh penolong kanan, mengapa dia mencuri, jawab pelajar tersebut....

"Saya lapar, cikgu."

Sepotong ayat yang menyentap hati seorang ibu, ku kira. Makcik kantin masih mencebik muka sedang guru penolong kanan, memandang dengan muka simpati. Naluri keibuannya tersentuh. Lalu penolong kanan tersebut meletakkan tangannya di bahu ’pencuri’ itu.

"Tak apalah. Kali ni, saya belanja. Lain kali, jangan buat lagi," katanya.

Sebak lalu berjujuran air mata luruh di pipi pelajar tersebut. Makcik kantin yang terdengar bicara guru tersebut, terkesima. Ternganga mulutnya. Untung sempat ditutup sebelum lalat menyinggah. Berulangkali ucapan terima kasih diberikan oleh pelajar tersebut. Bersama air mata yang penuh keharuan, sebak yang berpanjangan.

Apa yang dapat disimpulkan, kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesilapan orang lain sehingga kita terlupa tentang kesilapan kita. Kuman diseberang jalan, kita nampak. Namun gajah didepan mata, tidak kita lihat. Makcik tersebut sekadar terlihat kesilapan pelajar yang mencuri namun dia lupa, kesilapannya. Dia tidak bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan.

Jika selama ini, dia mendapat untung yang banyak melalui wang pelajar, tidak ada salahnya jika dia bersedekah dalam kuantiti yang amat sedikit. Ingatlah. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Pahala sedekahlah yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.
Sekadar perkongsian ilmu untuk diri saya dan anda semua yang sedang mengejar redha-Nya.

3 ulasan:

  1. Buat baik tanpa dibatasi oleh batasan agama dan bangsa

    BalasPadam
  2. Betul.kadang-kala nak hulur sikit pun kita sayang,kalau tak mampu tak menjadi kesalahan.

    BalasPadam
  3. sabree :betul3..
    zmah:tu lah kan..macam tak dapat ganti blik plak kan..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails