Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan aku Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh Hindustan
Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya
zahirku jika aurat didedahkan disingkat,
diketat dan dijarangkan (untuk muslimah jer)
Tolong ingatkan aku Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semua
Wahai tuhan ya Robbul alamin…..
ampuni dosaku insan yang kerdil ini…
Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu…. Muhamad S.A.W
Kerana aku insan biasa yang sering Lupa Pada mu…….
INGATKAN AKU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan